Pages

Aktiviti 5S

Salam Warga Akaun sekalian,

Dilampirkan Notis Makluman Aktiviti 5S Cawangan Akaun.

Mohon kerjasama seluruh kakitangan untuk sama-sama menjayakan.

Sekian, terima kasih.

JK Promosi

Keputusan Perbincangan 5S

Salam, 

Berikut adalah keputusan yang telah dicapai hasil dari perbincangan oleh semua Jawatankuasa 5S: 

1.    Kebersihan, Susun Atur dan Kekemasan perlu diperbaiki - fokus utama adalah bilik stor dan ruang kerja. 

2.    Pengemaskinian maklumat - fokus utama papan kenyataan (ikut zon), dokumentasi 5S (berdasarkan fail induk, jawatankuasa dan zon), gambar penerima APC dan carta perbatuan. 

3.    Ciri-ciri keselamatan - fokus utama simpanan peti kunci dan pintu keselamatan. 

 

Berikut adalah cadangan bagi menggalakkan amalan 5S ("appreciation"): 

1.    Penghargaan (dalam bentuk sijil dan hadiah) bagi kakitangan yang mengamalkan 5S di tempat kerja/pekerja contoh.

  

Sekian, untuk makluman.

NORIHAN BINTI AMAT NASIR
Penyelaras 5S
Cawangan Akaun
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
No. Telefon : 03-88701915
No. Faks : 03-88701931

 

Perbincangan 5S

Salam sejahtera,

Dimaklumkan satu perbincangan 5S akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Oktober 2013

Masa : 9:00 Pagi

Tempat : Bilik Perbincangan Cawangan Akaun

Kehadiran adalah wajib. Sila beri kerjasama. Ketua Zon yang tiada, mesti diwakili.

* Mohon Unit Pentadbiran memaklumkan kepada En Azmi Sarip selaku AJK Keselamatan.

Sekian, terima kasih.

JK Promosi

 

Pertukaran Jawatankuasa Induk 5S

Rombakan Jawatankuasa Induk berikutan pensijilan semula 5S.


















Audit 5S

Salam 1Malaysia,
 
Adalah diperingatkan kepada seluruh kakitangan Cawangan Akaun bahawa jika mengikut jadual yang ditetapkan, Sistem Pengurusan Persekitaran (5S) akan diaudit pada ketetapan berikut:
 
1) Pre Audit (Audit oleh Jawatankuasa Audit 5S MOA)
Tarikh : 25 Oktober 2013 (Jumaat) 
 
2) Audit Pensijilan 5S oleh MPC
Tarikh : 5 Disember 2013 (Khamis)

Oleh yang demikian, dipohon kerjasama seluruh warga untuk bersiap-siaga terutama kekemasan workstation , bilik fail (beserta sistem filing) , ruang gunasama (seperti panty,surau,dll) , persekitaran pejabat dan sebagainya akan berada pada standard 5S seperti pensijilan tahun 2012 yang lalu.

Mohon semua ketua Zon memantau dan menggerakkan ahli-ahli Zon masing-masing.
Bersama kita jayakan insyallah.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bersatu teguh bercerai roboh.

Harap maklum.
 
Sekian, terima kasih.

JK PROMOSI