SEKALUNG BUDI BAGI PELAKSANAAN AMALAN 5S PERINGKAT KEMENTERIAN
Tuan/Puan,
Untuk makluman semua, Kementerian telah berjaya memperbaharui Persijilan 5S Peringkat Kementerian pada 5 Disember 2013 (Khamis). Sehubungan dengan itu, ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan perkara ini.
TAHNIAH buat semua.
Sekian, terima kasih.
NORIHAN BINTI AMAT NASIR
Penyelaras 5S
Cawangan Akaun
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
No. Telefon : 03-88701915
No. Faks : 03-88701931
Sesi Penilaian Audit Dalam 5S
Assalamualaikum,
Mohon PIC, Ketua Zon dan AJK hadir Sesi Penilaian Audit Dalam 5S Cawangan Akaun:
Tempat : Bilik Mesyuarat Cawangan Akaun
Masa : 3:00 Petang (Selasa 3 Dis 2013)
Sekian, terima kasih
FARED KAMIL BIN BAHARUM
AJK PROMOSI 5S
CAWANGAN AKAUN MOA
AUDIT DALAMAN 5S - OLEH JK AUDIT 5S CAWANGAN AKAUN
Salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa JK Audit 5S Cawangan Akaun akan melakukan audit dalaman pelaksanaan 5S di Cawangan Akaun pada 2 Disember 2013 (Isnin) bermula jam 9:30 pagi
Justeru amatlah dipohon kerjasama dan kesiapsiagaan semua kakitangan.
Juga diingatkan kembali bahawa audit pensijilan 5S oleh MPC adalah pada 5 Disember 2013 (Khamis).
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
JK PROMOSI
SESI PERKONGSIAN ILMU 5S OLEH JK LATIHAN - TATACARA SISTEM FAIL
Keputusan Perbincangan 5S
Salam,
Berikut adalah keputusan yang telah dicapai hasil dari perbincangan oleh semua Jawatankuasa 5S:
1. Kebersihan, Susun Atur dan Kekemasan perlu diperbaiki - fokus utama adalah bilik stor dan ruang kerja.
2. Pengemaskinian maklumat - fokus utama papan kenyataan (ikut zon), dokumentasi 5S (berdasarkan fail induk, jawatankuasa dan zon), gambar penerima APC dan carta perbatuan.
3. Ciri-ciri keselamatan - fokus utama simpanan peti kunci dan pintu keselamatan.
Berikut adalah cadangan bagi menggalakkan amalan 5S ("appreciation"):
1. Penghargaan (dalam bentuk sijil dan hadiah) bagi kakitangan yang mengamalkan 5S di tempat kerja/pekerja contoh.
Sekian, untuk makluman.
NORIHAN BINTI AMAT NASIR
Penyelaras 5S
Cawangan Akaun
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
No. Telefon : 03-88701915
No. Faks : 03-88701931
Perbincangan 5S
Salam sejahtera,
Dimaklumkan satu perbincangan 5S akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 24 Oktober 2013
Masa : 9:00 Pagi
Tempat : Bilik Perbincangan Cawangan Akaun
Kehadiran adalah wajib. Sila beri kerjasama. Ketua Zon yang tiada, mesti diwakili.
* Mohon Unit Pentadbiran memaklumkan kepada En Azmi Sarip selaku AJK Keselamatan.
Sekian, terima kasih.
JK Promosi
Audit 5S
Oleh yang demikian, dipohon kerjasama seluruh warga untuk bersiap-siaga terutama kekemasan workstation , bilik fail (beserta sistem filing) , ruang gunasama (seperti panty,surau,dll) , persekitaran pejabat dan sebagainya akan berada pada standard 5S seperti pensijilan tahun 2012 yang lalu.
Mohon semua ketua Zon memantau dan menggerakkan ahli-ahli Zon masing-masing.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Harap maklum.
JK PROMOSI